Wednesday 31 October 2012

SEKAPUR SIREH

##ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA##


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih lagi diberi kesempatan untuk bersua dan masih diberi nikmat dengan dipanjangkan umur agar dapat bersama-sama untuk membina dan mendidik anak bangsa.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga guru SKFLH atas segala pengrobanan, jasa dan ilmu yang telah dicurahkan kepada anak-anak didikdi felda ini. Sejajar dengan arus pemodenan yang melanda ke dalam institusi pelajaran masa kini, sesungguhnya ianya memerlukan para pendidik yang sentiasa beriltizam dan berusaha dengan gigih bagi menjamin keterampilan mereka dalam menunaikan amanah, mengajar dan mendidik. sesungguhnya profesion perguruan merupakan kerjaya yang mulia yang menuntut keikhlasa, pengorbanan, kesabaran dan komitmen yang tinggi secara istiqomah daripada para pendidik.

Guru haruslah berupaya menampiljkan diri sebagai insan berkualiti yang boleh diteladani dari segi kemampanan sahsiah, ketekunan bekerja dan mengamalkan nilai-nilai murni serta berpegang kepada prinsip profesionalisme dalam mendidik dan membimbing generasi muda negara.

Semoga kita dapat bersama-sama menggembeling tenaga bagi menghasilkan pendidikan yang berkualiti untuk melahirkan insan yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment