KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN MODUL SILA LAH KLIK!!!!
Wednesday, 7 November 2012
Tuesday, 6 November 2012
Kementerian beri 5 alasan MBMMBI dilaksana pada 2012
Oleh Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my
PUTRAJAYA:
Kementerian Pelajaran semalam mengemukakan lima sebab bagi menjawab
persoalan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Penguasaan
Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilaksanakan pada 2012, bukan pada 2010
seperti didesak beberapa pihak.
Lima alasan itu berkaitan
penyediaan buku teks, menggubal kurikulum, latihan kepada guru, mengenal
pasti buku rujukan yang sesuai dan menyediakan perkakasan seperti
makmal Bahasa Inggeris (BI) yang mencukupi.
Ketua Pengarah
Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata tempoh yang panjang juga
dapat memastikan segala kelemahan sewaktu pelaksanaan program
Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) tidak berulang.
"Kementerian Pelajaran memerlukan
tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk menyediakan segala keperluan
seperti buku teks, kurikulum, latihan kepada guru, menambah jumlah guru,
mengenal pasti buku rujukan yang sesuai dan lain-lain perkakasan
seperti makmal BI.
"Tempoh yang panjang itu juga perlu bagi
mengelakkan kecelaruan di kalangan pelajar kerana selama ini mereka
mengikuti pengajian mengikut dasar PPSMI, selain memastikan guru
benar-benar bersedia melaksanakan dasar baru ini," katanya pada sidang
media mengenai hasil mesyuarat meja bulat panel MBMMBI di sini, semalam.
Beliau
berkata demikian ketika mengulas gesaan beberapa pihak yang mahu MBMMBI
dilaksanakan tahun depan dan bukannya pada 2012 berikutan keputusan
kerajaan memansuhkan PPSMI pada Julai lalu.
Mengenai dasar
PPSMI, katanya, guru besar dan pengetua diminta memastikan guru terus
melaksanakan dasar itu hingga 2012, sejajar keputusan Kabinet.
Beliau berkata, guru yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan kerana melanggar dasar ditetapkan kerajaan.
"Guru besar dan pengetua perlu memantau keadaan kerana dasar PPSMI akan kekal sehingga 2012.
"Lagipun,
perkara ini tidak sepatutnya berlaku (mengajar dalam BM) kerana sukatan
pelajaran, perisian komputer dan buku teks subjek Sains dan Matematik
masih dalam BI," katanya.
Mengulas tindakan sekolah mengadakan peperiksaan dalaman dalam BI,
Alimuddin berkata, kebanyakannya membabitkan sekolah di kawasan bandar
kerana sekolah di luar bandar selalunya memilih mengadakan peperiksaan
dalaman dalam dwibahasa iaitu BM dan BI.
Berita Harian Online: 20 Ogos 2009
MBMMBI Mampu Bela Pelajar Tercicir
Keputusan kerajaan untuk mengkaji mempercepatkan pelaksanaan dasar
baru memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris
(MBMMBI) bagi murid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada
2012 mampu membela nasib pelajar sekolah rendah yang sebelum ini
keciciran berikutan subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa
Inggeris.
Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan
Idris (Upsi), Profesor Datuk Dr Zainal Kling, berkata pelaksanaan dasar
baru yang menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) itu tidak boleh dilengahkan lebih lama
kerana sejak PPSMI diperkenalkan enam tahun lalu, ia memberi kesan
negatif kepada pelajar sekolah rendah terutama di luar bandar.
Akhbar melaporkan keputusan kerajaan mengkaji mempercepatkan pelaksanaan MBMMBI bagi murid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran bagaimanapun berkata, pelaksanaan lebih awal itu bergantung kepada beberapa faktor termasuk bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang perlu disiapkan akhir tahun depan.
Zainal berkata, pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu tidak memberi banyak masalah kerana ia pernah dilaksanakan sebelum PPSMI diperkenalkan.
Sementara itu, Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berkata keputusan kerajaan itu selaras dengan kehendak pertubuhan itu yang mahu pelaksanaan dasar itu dipercepatkan.
Mereka juga ingin menggesa kerajaan supaya dasar itu dilanjutkan pula di peringkat institusi pengajian tinggi selain tidak mengabaikan usaha untuk memperkasakan bahasa Inggeris. Selain itu, ucapan pemimpin negara dan papan tanda juga perlu menggunakan bahasa Melayu.
Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad turut menyokong dasar baru itu berharap bahasa Melayu akan dijadikan teras utama dalam pembinaan gagasan 1Malaysia.
Sumber : Berita Harian
Dasar MBMMBI Murid Tahun Satu Mulai 2011
Kerajaan sedang meneliti kemungkinan
untuk melaksanakan dasar baru iaitu memartabatkan bahasa Malaysia dan
memperkukuh bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid tahap satu mulai tahun
2011. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, murid
tahun satu yang baru memasuki persekolahan tidak terlibat dengan dasar
lama.
Tambah beliau lagi, perkara ini
bergantung kepada beberapa faktor antaranya bilangan guru yang
mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk mata pelajaran
sains dan matematik sekiranya ia dapat disiapkan pada akhir tahun 2010,
kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.
Menurut beliau, pelaksanaan dasar MBMMBI
bagi murid tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat pula akan
bermula pada tahun 2012.
Langkah itu, katanya, adalah untuk
membolehkan Kementerian Pelajaran membuat persiapan rapi dengan
mengambil kira semua keperluan pengajaran dan pembelajaran disediakan
secara teratur.
Sementara itu, Muhyiddin yang juga
menteri pelajaran menegaskan, kerajaan komited tidak akan kembali kepada
dasar pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) kerana dasar baru iaitu MBMMBI adalah selaras dengan
keperluan negara untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
Sumber : Kosmo online 21 oktober 2009
STRATEGI
Strategi Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris
• Menyediakan guru BI yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA
• Menyediakan guru BI di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid)
• Menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris
• Memperkenalkan language arts dalam P&P Bahasa Inggeris
Strategi Memartabatkan Bahasa Malaysia
• P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT
• Menambah waktu P&P Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT
• Menggunakan ICT dalam P&P Bahasa Malaysia
• Menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia
• Memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa Inggeris
Sumber : http://suzanalelawatty.blogspot.com
PELAKSANAAN MBMMBI
• Bermula dengan Tahun Satu, Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Pada masa yang sama Bahasa Cina digunakan di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT
• Perubahan tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi
• Perubahan sepenuhnya mengambil masa selama 3 tahun
• Bermula pada tahun 2012
• Peperiksaan SPM Sains dan Matematik dalam dwi bahasa sehingga 2015
RASIONAL MBMMBI
• Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut.
• Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi semua mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an.
• Kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu.
Memartabatkan Bahasa Malaysia...Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud
meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan
kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan
bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di
peringkat nasional dan antarabangsa.
Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI
- Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia – Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P.
- Asas Berbahasa (Basics To Basics) – Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks.
- Didik Hibur – Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.
- Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum – Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri.
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P – Penggunaan teknologi makluamt seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia.
- Program Bacaan – Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah , Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.
- Guru Bahasa Malaysia Berkualiti – Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara.
- Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif – Pemantauan daripada aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk P&P.
- Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi – Usaha menterjemah karya agung dari Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa.
- Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara – Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti luar negara.
- Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi – Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk.
SEJARAH FELDA LOK HENG
FELDA Lok Heng Barat dan FELDA Lok Heng Timur adalah dua
tanah rancangan Felda dalam gugusan ini yang mula-mula dibangunkan dan
dimajukan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Bandar Kota
Tinggi. FELDA Lok Heng Selatan berasal dari kawasan hutan paya yang
kebanyakan kawasannya adalah rendah, berpaya, mudah dinaiki air dan
tidak ekonomik. Kesemua kawasan ini dipulihkan dan dibangunkan di bawah
rancangan tanah FELDA pada tahun 1986 sehingga wujud sebuah tanah
rancangan tersusun dan cantik menjadikannya lebih menonjol terutama
sekali kerana kedudukannya yang strategik dan sangat berdekatan dengan
tanah-tanah rancangan yang lain.
Menurut cerita orang-orang di
sini, perkataan ‘lok heng’ adalah berasal daripada perkataan dalam
bahasa Cina untuk merujuk kepada keadaan dan persekitaran kawasan ini
yang dipenuhi hutan paya dan mudah dinaiki air. Terdapat hanya beberapa
keluarga nelayan sahaja yang sanggup tinggal di sini. Mereka bergantung
hidup kepada aktiviti penangkapan ikan dan hasil hutan paya sebagai
sumber pendapatan.
Sunday, 4 November 2012
ORGANISASI MBMMBI
PENGERUSI
ENCIK
MUHAMED BIN OMAR
GURU
BESAR SK FELDA LOK HENG
TIMBALAN
PENGERUSI
PUAN
UMI KALTHOM MAHAT
PENOLONG
KANAN PENTADBIRAN
NAIB
PENGERUSI 1
TUAN
HAJI KADIMIN BIN SUGIMIN
PENOLONG
KANAN HAL EHWAL MURID
NAIB
PENGERUSI 2
ENCIK ROSLI BIN KASMODIN
PENOLONG
KANAN KOKURIKULUM
PENYELARAS/SETIAUSAHA
PUAN
SAMAYAH IBRAHIM
KETUA
PANITIA MATEMATIK
AHLI
JAWATANKUASA
ENCIK
ASRUL HISHAM BIN JASIMAN
KETUA
PANITIA SAINS
GURU-GURU
SAINS
TUAN
SYED ABD. RAHMAN SYED HUSSIN
KETUA
PANITIA BAHASA INGGERIS
GURU-GURU
BAHASA INGGERIS
PUAN
ROKIAH MUSTAFA
KETUA
PANITIA BAHASA MELAYU
GURU-GURU BAHSA MELAYU
Subscribe to:
Posts (Atom)